Assalamualaikum semua. Apa khabar? Macam mana dengan hari-hari pengakhiran puasa ni? Ok?? Harap-harap takda la yang pengsan kuak lentang atau terbabas macam Syamsul Yusof atau Farid Kamil dalam filem Kl Drift. 10 malam terakhir ni marilah kita semua mencari keberkatan Allah S.W.T dengan melakukan ibadah-ibadah yang disarankan. Tengok tarikh hari ni,beberapa hari aja umat Islam akan menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri. Sekejap kan? pejam celik pejam celik dah nak raya.
Dua tiga hari ini, semua orang dok bercakap pasal 'Hari Internet Blackout Day' yang akan disambut pada 14 Ogos 2012 iaitu esok. Mula-mula aku pun tak paham dan tak reti apa benda internet blackout day ni. Baca punya baca, barulah aku paham.
Seksyen 114A menganggap individu yang memiliki laman web atau peralatan komputer yang mengandungi bahan berunsur hasutan atau fitnah bersalah walaupun bahan itu dimuatnaik oleh pihak lain. Individu atau organisasi yang mengendali atau menawarkan perkhidmatan kepada forum, blog atau laman web juga bertanggungjawab terhadap segala kandungan yang terdapat pada perkhidmatan tersebut.Para pengguna internet yang akaun atau komputernya digodam (hack) juga akan dipertanggungjawabkan ke atas bahan yang dimuat naik oleh penggodam (hackers). Seksyen 114A ini mengancam kebebasan bersuara di Internet dan menggugat prinsip asas KEADILAN, DEMOKRASI dan HAK ASASI MANUSIA.
Hari esok 14 Ogos 2012 kita bergelap tanda membantah akta ini!!

No comments:
Post a Comment