Wednesday, 24 April 2013

AKHIRNYA BERJAYA!!!!


Yess!! Akhirnya berjaya godek godek blog ni kasi "ummphh" skit. Yer la dah cuti ni, takda benda nak buat, explore la cara nak lawa kan blog. Ni static aja...bosan. Hari ni satu hari aku abiskan masa surf internet. Baca pasal politik, pilihanraya, sampai nak muntah-muntah. 

Masuk blog favourite, dan baca posting-posting pasal kes Lahad Datu. Aku suka baca blog mamat ni, sebab cerita dia very interesting, banyak pengalaman dia, sebab banyak travel. Haaaa.... kalau korang nak baca blog mamat ni, boleh la ke http://syahrilkadir.wordpress.com

Itu lah... orang kata, jauh perjalanan, luas pengalaman. Rindu plak aku dengan kerja outstation. Dulu kerja outstation sampai lembik....dah tukar kerja baru ni rindu pulak nak jalan-jalan...

Hari ini macam kelakar pulak, cadangnya nak ke Pesta Buku Karangkraf kat PWTC, tah mcm mana, punya la mabuk sebab dah cuti lama dok rumah, aku ingat hari ini 26 April, padahal baru 24 April. Patut la pergi PWTC ada booth aja, buku dan orang nya takda. Ahahahahaha padan muka aku. Tu la excited sangat. Dah frust salah date, naik la jejantas pegi seberang, hajat di hati nak lepak Sunway Putra Mall kejap, aisehman...turun-turun jejantas tengok Sunway Putra Mall dah "bungkus". Aduhai.....

So, dengan penuh kegeraman, aku balik, pekena nasik kandaq kari kepala ikan kat Saddam. Pueh hati! hehehehe. Nampaknya aku pun dah banyak membebel, so, kalau ada masa akan aku update blog ni. Dah lama tak update sebab BZ. 

Take care everybody!


Thursday, 11 October 2012

CAK!

Salam Khamis


Dah lama aku tak update blog. Bz tahap gaban. Hari ini seharian aku bertapa di KLCC. Ada pameran IGEM. Letih wooo melayan kerenah orang. Hari ni malas nak cerita banyak-banyak sebab rasa penat betul. just nak share lagu Aizat ni. Lagu ni kalau tengah boring best gak layan. hehehehee. Hope you all enjoy!





Wooo! Wooo! Wooo! Wooo!







Friday, 24 August 2012

Pusing Satu KL


Semenjak 4 Syawal sampai la harini, kerja aku keliling KL. Sibuk cari barang-barang party pack untuk birthday party bebudak ni dan barang-barang untuk open house nanti. Hari ni 'port' carik barang aku kat Petaling Street. Yelah, semalam carik barang kat Plaza GM, bukan semuanya ada. So, arini continue carik barang-barang lagi. Dah lama tak jalan-jalan PS, macam batak la aku. Banyak yang dah berubah. Semenjak aku kahwin 12 tahun lepas, jarang-jarang aku turun ke area 'Kotaraya' dan PS ni. Rasa macam orang kampung baru masuk bandar aku arini. hehehehe. Harini aku betul-betul explore kedai-kedai kat PS. Banyak rupanya kedai yang jual macam-macam benda dan murah-murah pulak tu. Dari kedai juai binatang, juai baju, juai barang-barang antik dan juai orang pun ada. hahahahaha itu la unik nya PS. 


Gambar Ihsan Google

PS arini berbeza dengan PS masa aku sekolah-sekolah dulu. Masa sekolah dulu, mana ada cantik macam sekarang ni. Masih teringat zaman sekolah dulu turun naik bas kat 'Kotaraya' dan PS la kadang-kadang jadi port cuci mata selepas balik sekolah. Masa tu jalan kat sini tak rasa takut kena ragut ke, potong tangan ke, kena hentak ke, sebab ye lah, budak sekolah, orang tau takda duit dalam wallet. Ada pun duit sen buat tambang bas balik rumah. Kalau sekarang pegi PS, kepit bag kuat-kuat, jalan laju-laju sebab takut kena serang. Kalau masuk PS, tak lengkap kalau tak beli buah berangan, bagi yang suka dan tak kisah pulak, mestih nak pekena soya bean PS dan jugak air mata kucing. Aku kagum jalan-jalan kat sini sebab banyak benda-benda yang lama zaman nenek moyang kita masih di jual disini. Contohnya, terompah, acuan kuih lama, periuk tanah, pinggan corak zaman lama dan macam-macam lagi la yang kadang-kadang tak terbayang di kepala ni. 


Dalam kesibukan PS tu jugak la, aku sedih tengok banyak bangunan dah kena runtuh, jalan-jalan pun dah lain sebab nak bagi laluan kat projek MRT. Bunyi mesin dan jentera untuk projek ni lebih riuh dari riuh apek-apek dan nyonya-nyonya PS yang sibuk menawarkan harga murah. Apa pun, aku harap walau macam mana pesat pun membangun KL ni, PS dan kawasan-kawasan seumpamanya tetap terpelihara kerana kawasan-kawasan ni lah yang mampu membangkitkan nostalgia zaman kanak-kanak dan remaja kita dulu!

Monday, 13 August 2012

Puasa & Hari Internet Blackout Day


Assalamualaikum semua. Apa khabar? Macam mana dengan hari-hari pengakhiran puasa ni? Ok?? Harap-harap takda la yang pengsan kuak lentang atau terbabas macam Syamsul Yusof atau Farid Kamil dalam filem Kl Drift. 10 malam terakhir ni marilah kita semua mencari keberkatan Allah S.W.T dengan melakukan ibadah-ibadah yang disarankan. Tengok tarikh hari ni,beberapa hari aja umat Islam akan menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri. Sekejap kan? pejam celik pejam celik dah nak raya. 

Dua tiga hari ini, semua orang dok bercakap pasal 'Hari Internet Blackout Day' yang akan disambut pada 14 Ogos 2012 iaitu esok. Mula-mula aku pun tak paham dan tak reti apa benda internet blackout day ni. Baca punya baca, barulah aku paham. 


Seksyen 114A menganggap individu yang memiliki laman web atau peralatan komputer yang mengandungi bahan berunsur hasutan atau fitnah bersalah walaupun bahan itu dimuatnaik oleh pihak lain. Individu atau organisasi yang mengendali atau menawarkan perkhidmatan kepada forum, blog atau laman web juga bertanggungjawab terhadap segala kandungan yang terdapat pada perkhidmatan tersebut.Para pengguna internet yang akaun atau komputernya digodam (hack) juga akan dipertanggungjawabkan ke atas bahan yang dimuat naik oleh penggodam (hackers). Seksyen 114A ini mengancam kebebasan bersuara di Internet dan menggugat prinsip asas KEADILAN, DEMOKRASI dan HAK ASASI MANUSIA.

Hari esok 14 Ogos 2012 kita bergelap tanda membantah akta ini!!