Semenjak 4 Syawal sampai la harini, kerja aku keliling KL. Sibuk cari barang-barang party pack untuk birthday party bebudak ni dan barang-barang untuk open house nanti. Hari ni 'port' carik barang aku kat Petaling Street. Yelah, semalam carik barang kat Plaza GM, bukan semuanya ada. So, arini continue carik barang-barang lagi. Dah lama tak jalan-jalan PS, macam batak la aku. Banyak yang dah berubah. Semenjak aku kahwin 12 tahun lepas, jarang-jarang aku turun ke area 'Kotaraya' dan PS ni. Rasa macam orang kampung baru masuk bandar aku arini. hehehehe. Harini aku betul-betul explore kedai-kedai kat PS. Banyak rupanya kedai yang jual macam-macam benda dan murah-murah pulak tu. Dari kedai juai binatang, juai baju, juai barang-barang antik dan juai orang pun ada. hahahahaha itu la unik nya PS.
Gambar Ihsan Google
PS arini berbeza dengan PS masa aku sekolah-sekolah dulu. Masa sekolah dulu, mana ada cantik macam sekarang ni. Masih teringat zaman sekolah dulu turun naik bas kat 'Kotaraya' dan PS la kadang-kadang jadi port cuci mata selepas balik sekolah. Masa tu jalan kat sini tak rasa takut kena ragut ke, potong tangan ke, kena hentak ke, sebab ye lah, budak sekolah, orang tau takda duit dalam wallet. Ada pun duit sen buat tambang bas balik rumah. Kalau sekarang pegi PS, kepit bag kuat-kuat, jalan laju-laju sebab takut kena serang. Kalau masuk PS, tak lengkap kalau tak beli buah berangan, bagi yang suka dan tak kisah pulak, mestih nak pekena soya bean PS dan jugak air mata kucing. Aku kagum jalan-jalan kat sini sebab banyak benda-benda yang lama zaman nenek moyang kita masih di jual disini. Contohnya, terompah, acuan kuih lama, periuk tanah, pinggan corak zaman lama dan macam-macam lagi la yang kadang-kadang tak terbayang di kepala ni.
Dalam kesibukan PS tu jugak la, aku sedih tengok banyak bangunan dah kena runtuh, jalan-jalan pun dah lain sebab nak bagi laluan kat projek MRT. Bunyi mesin dan jentera untuk projek ni lebih riuh dari riuh apek-apek dan nyonya-nyonya PS yang sibuk menawarkan harga murah. Apa pun, aku harap walau macam mana pesat pun membangun KL ni, PS dan kawasan-kawasan seumpamanya tetap terpelihara kerana kawasan-kawasan ni lah yang mampu membangkitkan nostalgia zaman kanak-kanak dan remaja kita dulu!

